home +follow ask.fm
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Persediaan alat tulis ke matrikulasi
Hi Assalamualaikum. Esok dah mula raya aidilfitri, malam ni dah dengar bunyi letupan sana-sini. Jadi, sebelum terlambat saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Okay, persoalannya ke mana aku menghilang selama ni lepas spm? well, aku kerja and bersiap sedia untuk sambung belajar matrikulasi. Sekarang tengah cuti raya, jadi aku amik peluang ini untuk bercerita sikit. Aku percaya kau orang lawat laman ni bukan saja2 right? Oleh kerana itu, malam ni saya fokus fasal alat tulis yang perlu dibawa di matrikulasi. Waitt.. seriuslah alat tulis? my answer is YES. 

Aku seorang minimalis. Kalau boleh setiap benda aku tak nak membazir. Well, aku nak cerita benda ni sebab aku tak nak kau orang ulang kesilapan ni dan amik iktibar. Sebelum masuk matrik, gigih aku cari alat tulis dan buku2 rujukan yang patut dibeli. tapi aku tak jumpa. Banyak duit dah keluarkan beli barang2 tertentu. tapi, tak guna pun and terpaksalah lelong. Jadi, here is some information if you want to know. For your information, saya amik modul 3 iaitu subjek science computer, biology, math (subjek addmath) dan chemistry. keempat-empat subjek ni sahaja yang akan ade exam iaitu PSPM. boleh tanya encik google kalau nak detail. 

1. Ring binder

Aku prefer binder yang saiz besar sebab kau orang boleh guna binder ni masa sem 1 dan 2. Tak perlu nak buang duit lagi, Besides that, kau orang akan tiga jenis kelas iaitu kuliah, tutorial dan amali. dan ketiga-tiga kelas ni berlainan pensyarah, kau orang yang akan bergerak berbanding masa zaman sekolah menengah, cikgu yang bergerak. Sekarang dah lain.. terima kenyataan. Okay, kalau kau orang guna binder, biasanya kau orang boleh letak lecturer note, tuto notes and nota amali dalam satu file terus. Jadi, takdelah nota kau orang tercicir. and sometimes, ade nota tambahan, kau orang terus selitkan dalam file ni. Yes or No? fikir2kan lah..

2. A4 sheet protector

Benda ni aku letak dalam ring binder juga. Aku gunakan untuk letak summary notes setiap chapter. Nanti masa exam kau orang cuma refer summary kau orang sebelum jawab exam. tak perlu nak buka buku tebal2 or selak file lagi. buang masa. Kalau kau orang masih buntu apa tu summary note. sebenarnya bende ni nota yang kau orang wat sendiri dalam satu kertas a4. dalam kertas ni, semua information cukup dan make sure kau orang fahamlah. Biasanya, lepas aku buat summary notes, aku akan minta lecturer semak. betul atau salah info yang ade. 

3. Sticker

Aku tak suka guna jot book. sebab aku banyak conteng dalam buku tu. Jadi, segala hw, aku akan tulis kat sticker ni guna pensil supaya boleh padam and tulis hw baru. Aku tampal sticker ni di hadapan setiap buku tuto, amali dan fail. Supaya senang, aku selak je, aku nampak homework yang diberi. Ni cara aku.. kalau kau orang prefer jot book, guna je jot book tu. ikut kesusaian masing-masing. Oh ye, sticky notes dan lain2 tu pun aku guna masa belajar. Biasa sticky note utk tambah apa2 yg takde dlm buku yg lecturer tekankan. dan penanda buku.. biasanya aku guna untuk tanda suatu chapter untuk ulangkaji kemudian hari. 

4. Large pencil case
Untuk pencil case, aku prefer yg ala2 macam ni. besar,lut sinar. dan banyak pocket. Aku sarankan yg ni supaya boleh campak kalkulator, phone dan purse kau orang dlm beg. khususnya kaum hawa lah. Asalnya memang aku suka guna pencil case yang kecil tu ala2 korea. Tapi, menyusahkan sebab takut tercicir atau tak bawa kalkulator. Lagipun, biasanya perempuan banyak alatan tulis dia berbanding lelaki. Jadi, konfemlah kau orang perlukan pencil case yang serbaguna right? hehe

5. Calculator

Last untuk hari ni, aku amat sarankan guna kalkulator ni terus. even pensyarah pun suruh guna kalkulator ni. Yang masih form 1 pun boleh guna kalkulator ni. biasakan diri dari kecil. mudah dapat jawapan dan cepat. Siapa yang pernah guna faham2 lah best gila guna kalkulator ni. 

6. Reference book


Nak pilih buku rujukan matriks perlu berhati-hati. To me, rujukan nombor 1 ialah nota pensyarah bagi. Biasanya, kalau tak sempat nak salin nota pensyarah, aku buka laman student matrik je. kat situ boleh tengok balik nota yg diberikan. atau kalau kau orang malas, amik gambar nota pensyarah tu. Seterusnya, rujukan sekunder aku, buku international. kalau kau orang nak beli awal2, belilah buku yg disarankan oleh pihak kolej. Biasanya kat laman setiap matrikulasi ade. cari je. untuk bio, jenama campbell ni amatlah retis haha.. Beli yang latest edition guys. Okay, sampai sini sahaja. semoga segala maklumat di sini membantu. 












Web master
siti nur zahira zuraidi is malaysian. interest in photography, fitness and guy. allergy to liars. compose a random stuff. goals, cinematographer of movie salju kyoto. visit aurora borealis, Iceland. {  }
Recent post
  • Salam 2017
  • » 2016 © sitinurzahira • All Rights Reserved